Saturday 10 October 2015

SEJARAH MELAKA




     Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah berusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya.

Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah oleh Temagi dibawah naungan Siam telah menerima kedatangaannya. Kedudukan geografi Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuh Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Tindak balas segera dari Siam dengan mengatur serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke Muar sebelum sempat serangan dilakukan. Perjalanan seterusnya adalah melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara yang membawa mereka tiba ke sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu, orang laut dan orang asli.

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.


 Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah : 

- Pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAKA








      Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

KEJAYAAN MELAKA

      


    Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.



 

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport
- Penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara.
- Penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

Friday 9 October 2015

Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka 1511





  Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri. Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.



Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.

Wednesday 7 October 2015

RUJUKAN



    Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Pn. Asmah bintu Subari kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. 

    Antara rujukan yang kami dapat ialah :
   -Buku teks Pengajian Malaysia.
   - http://sejarahlikers.blogspot.my/p/bab-1.html
   -https://www.youtube.com/watch?v=gtKXBtoN5Gk
   -http://pengajianms1.blogspot.my/2014/10/kerajaan-melayu-melaka.html

PENGAJARAN

        Negara Malaysia hendaklah menjalankan hubungan diplomatik bersama negara-negara lain untuk mengukuhkan kestabilan politik negara seperti hubungan China-Melaka. Pemerintah hendaklah merancang penubuhan kerajaan yang strategik dan teratur agar kerajaan yang dibina kekal lama. Pegawai-pegawai kerajaan perlulah bekerja dengan bijak dan jujur dalam pemerintahan agar tiada persengketaan antara rakyat dan pembesar. Rakyat hendaklah bersatu padu dalam mewujudkan suasana harmoni dan memberi sokongan padu kepada pembesar pemerintah negara. Ahli-ahli politik haruslah sedar tentang kepentingan menubuhkan sebuah kuasa politik yang jujur dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan dengan sempurna dan pembesar-pembesarnya tidak cekap dalam pentadbiran dan mengamalkan rasuah. Elakkan sikap berpuak-puak dalam menjalankan pentadbiran negara serta fitnah melampau seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka yang menjerumus kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.

      Ekonomi negara perlulah dibangunkan dengan bijak seperti membina institusi-institusi ekonomi sebagaimana pusat perdagangan yang dibina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bangsa Melayu perlulah bersatu dengan sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain dalam pelbagai aspek. Seperti sistem Adat Pepatih contohnya kita perlulah memperbaiki setiap kelemahan dengan menanam nilai-nilai murni dalam diri masyarakat melayu. Kita hendaklah mencontohi sikap kepimpinan para pemimpin Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah, Tun Perak dan Bendahara Tun Ali dan banyak lagi untuk mencapai kejayaan sesebuah negara. Kita hendaklah sentiasa berhati hati dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar yang mempunyai niat jahat terhadap Negara kita. Kita hendaklah mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu yang digunakan pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka sebagai bahasa penghantar. 


KESIMPULAN

Kesultanan Melayu Melaka memang sangat hebat di serata dunia dari ketamadunan, kebijaksanaan pentadbiran, kemajuan ekonomi, pusat kebudayaan, pendidikan membuatkannya terkenal bebarapa abad. Malah teknologi terkini yang digunakan juga yang paling canggih kerana Melaka sangat kaya bukan seperti yang kita di sogokkan selama ini bahawa pahlawan hanya menggunakan keris dan lembing itu rancangan barat sejak ratusan tahun untuk membuat sejarah baru orang Melayu yang kelihatan mundur dan lemah kajian oleh ramai profesor di dunia juga telah menemukan bahawa kota, pakaian, peralatan org Melayu Melaka semasa berperang dengan penjajah bukan seperti yang kita belajar selama ini sebaliknya seperti pakaian bangsa Arab berdasarkan lukisan oleh seorang penulis sejarah terkenal di Portugal pada zaman penjajahan portugis di tanah melayu kehebatan kesultanan Melayu Melaka mendorong ramai pemerintah dari serata dunia dan pedagang datang mengadap raja dengan membawa hadiah yang mahal sehinggakan tiada lagi yang setanding dengan kehebatan Sultan Melaka lalu mereka menghadiahkan gunung kepada sultan melayu Melaka yang kini di kenali di seluruh dunia dengan gunung Himalaya dagang orang Melayu Melaka yang bernama Mendam Berahi yg paling besar di dunia sehingga besarnya 20x ganda lebih besar dari kapal portugis tamadun melayu juga lebih lama dari tamadun mesir malah Negara Amerika juga yang dikatakan asal milik peribumi red indian juga bila dilihat genetiknya sangatlah mengejutkan bahawa ia adalah keturunan Melayu penulisan tentang kesultanan melayu melaka sangat banyak ditulis namun penjajah telah membakar segala bukti ketamadunan melayu kerana untuk menghapuskan sejarah sebuah bangsa yang agung so banyakkan mengkaji sejarah terkini sebelum nak dengki dengan org Melayu.

Daripada zaman kesultanan melayu Melaka, banyak pengajaran yang dapat diambil dan diamalkan dalam memajukan pentadbiran negara pada masa kini. Hal ini penting bagi mengelakkan kita daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu sehingga meruntuhkan sebuah empayar yang sangat berpotensi untuk menjadi satu kuasa besar suatu masa dahulu. Oleh hal yang demikian, YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN.