Wednesday 7 October 2015

PENGAJARAN

        Negara Malaysia hendaklah menjalankan hubungan diplomatik bersama negara-negara lain untuk mengukuhkan kestabilan politik negara seperti hubungan China-Melaka. Pemerintah hendaklah merancang penubuhan kerajaan yang strategik dan teratur agar kerajaan yang dibina kekal lama. Pegawai-pegawai kerajaan perlulah bekerja dengan bijak dan jujur dalam pemerintahan agar tiada persengketaan antara rakyat dan pembesar. Rakyat hendaklah bersatu padu dalam mewujudkan suasana harmoni dan memberi sokongan padu kepada pembesar pemerintah negara. Ahli-ahli politik haruslah sedar tentang kepentingan menubuhkan sebuah kuasa politik yang jujur dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan dengan sempurna dan pembesar-pembesarnya tidak cekap dalam pentadbiran dan mengamalkan rasuah. Elakkan sikap berpuak-puak dalam menjalankan pentadbiran negara serta fitnah melampau seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka yang menjerumus kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.

      Ekonomi negara perlulah dibangunkan dengan bijak seperti membina institusi-institusi ekonomi sebagaimana pusat perdagangan yang dibina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bangsa Melayu perlulah bersatu dengan sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain dalam pelbagai aspek. Seperti sistem Adat Pepatih contohnya kita perlulah memperbaiki setiap kelemahan dengan menanam nilai-nilai murni dalam diri masyarakat melayu. Kita hendaklah mencontohi sikap kepimpinan para pemimpin Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah, Tun Perak dan Bendahara Tun Ali dan banyak lagi untuk mencapai kejayaan sesebuah negara. Kita hendaklah sentiasa berhati hati dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar yang mempunyai niat jahat terhadap Negara kita. Kita hendaklah mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu yang digunakan pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka sebagai bahasa penghantar. 


9 comments: